♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Tuesday, May 8, 2012

BATAS-BATAS PERTUNANGAN

Pergaulan semestinya terbatas selagi tiada ikatan yang sah di antara si lelaki dengan si perempuan. Berbeza keadaan sekarang yang sudah tunggang terbalik.Si suami malu-malu dengan si isteri sehingga menjadikan medium masa alat perhubungan diantara mereka dan yang masih tiada ikatan tanpa segan silunya menyatakan 'rindu awak', 'sayang awak','love u' dan banyak lagi perkataan yang meremangkan bulu roma jika terus dibaca.Bukan menakutkan tetapi sungguh meloyakan apabila melihat keadaan tersebut.Batasan ini menjadi buruk apabila diri tidak cuba untuk memahami Islam secara menyeluruh bahkan memadai diri sudah Islam dari fizikal mahupun keturunan sahaja.

Begitu juga pertunangan yang kian menjadi buruk apabila batasan pertunangan dianggap seperti pernikahan.Mereka tanpa segan silu  meng'upload' gambar berpelukan,bersentuhan dan pelbagai gaya diadunkan agar penonton tertarik dengan gaya yang ditonjolkan.Tidak kurang juga dengan selebriti, ada dikalangan mereka tidak menjaga langsung hubungan diantara lelaki ajnabi bahkan dilayan seperti adik beradik. Keadaan ini semakin membimbangkan generasi akan datang sekiranya dibiarkan berlalu tanpa teguran. Bagaimana hendak menjadikan negara generasi soleh dan solehah sekiranya benda seperti ini tidak dijaga dengan rapi.Semoga perkongsian ini memberikan kita kesedaran berkaitan pergaulan dan batasan ketika pertunangan.Biarkan pahala digenggam walaupun bara ditangan kerana kesenangan yang diimpikan bukanlah disini tetapi kebahgian yang hakiki iaitu di akhirat sana.Semoga Allah memberikan kita hidayah dan perasaan takut akan azabNYA

Kredit buat Ustaz Anhar Opir atas perkongsian yang bermakna ini.Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan urusanmu selalu.

Soalan: Sejauh manakah seseorang boleh berkenalan dengan tunangnya?
Ifah, Perak

Jawapan: Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Soalan ini menunjukkan keperihatinan tentang perkara biasa yang terjadi dalam masyarakat kita. Ia juga menggambarkan suadari sangat mengambil berat tentang perlunya mengikut syari’at dalam kehidupan seharian termasuk perkara yang berkaitan dengan bertunang. Tulisan ini bukan untuk membahaskan tajuk bertunang dalam Islam secara lengkap, hanya jawapan ringkas persoalan di atas.  

1. Bertunang atau dalam bahasa Arab disebut al-khitbah merupakan pintu masuk ke alam perkahwinan. Ia dilakukan selepas seorang lelaki mencari dan berpuas hati dengan semua sifat yang ada bagi seorang wanita untuk dijadikan bakal isterinya. Oleh kerana perkahwinan adalah satu perkara yang serius dan mempunyai impak yang besar maka pertunangan telah disyari’atkan dalam Islam sebagai permulaannya.

gambar hiasan


2. Bertunang ialah seorang lelaki meminta kepada seorang perempuan untuk berkahwin dengannya, kemudian perempuan serta walinya bersetuju. Dalam Islam bertunang adalah persetujuan dan janji untuk berkahwin yang perlu dihormati oleh orang ramai. Kedua-dua pihak boleh membubarkannya tidak seperti nikah, lafaz talak hanya dimiliki oleh suami. Dr. Mahmud Ali al-Sartowi menyatakan:
Tiadalah pertunangan itu melainkan janji untuk berkahwin, ia merupakan kontrak yang tidak lazim, kedua-dua pihak berhak untuk membubarkan pertunangan pada bila-bila masa sahaja. (al-Sartowi, Syarh Qanun al-Ahwal al-Sahsiah)

3. Seorang lelaki boleh menyatakan hasratnya kepada seorang wanita yang masih anak dara secara terus terang. Namun ia dilarang secara terus terang jika seseorang ingin bertunang dengan perempuan yang masih dalam ‘iddah kematian suami, sebaliknya hendaklah dengan cara kinayah (tidak terus terang). Inilah pertunangan yang disebut di dalam al-Qur’an menerusi fiman Allah SWT dalam dalam surah al-Baqarah ayat 235 yang bermaksud:
Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati mereka), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam keadaan rahsia, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis ‘iddah yang ditetapkan itu.

4. Untuk mengelakkan pergaduhan dan permusuhan sesama muslim dengan hanya kerana seorang perempuan, maka Islam melarang seorang lelaki meminang seorang perempuan yang telah menjadi tunang orang lain. Namun jika lelaki yang pertama mengizinkan atau telah meninggalkannya maka ia tidak dilarang. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Tidak boleh seorang lelaki meminang seorang tunang saudaranya sehinggalah lelaki yang pertama meninggalkannya atau mengizinkannya. (Riwayat al-Bukhari)

5. Bertunang lebih afdhal tidak diwar-warkan atau diiklankan secara terbuka, tidak seperti perkahwinan yang perlu disebarkan. Maknanya pertunangan hendaklah disembunyikan melainkan jika terdapat keperluan. Ini untuk menjaga maruah kedua-dua belah pihak kerana ia merupakan kontrak yang tidak lazim, iaitu kedua-dua pihak lelaki atau perempuan boleh membubarkannya secara mutlak tanpa mendapat persetujuan tunangnya. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
War-warkanlah nikah dan sembunyikanlah pertunangan. (Riwayat al-Dailami)

Bertunang bukan berkahwin
6. Bertunang hanyalah janji untuk berkahwin. Ia tidak sama dengan berkahwin yang kesannya seorang wanita (isteri) adalah halal bagi suaminya selepas akad nikah. Manakala bertunang seorang perempuan tidak menjadi halal sedikit pun bagi tunang lelakinya. Ia sama seperti sebelum bertunang, yang berbezanya ialah tidak boleh lelaki lain meminangnya. Ini yang mungkin menjadi punca kekeliruan orang ramai sehingga ada yang menyangka bertunang menjadi ‘lesen’ untuk berpegangan tangan. Tidak kurang yang menjadikannya ‘tiket’ untuk memadu cinta dan sayang.

7. Oleh kerana bertunang adalah janji untuk berkahwin, maka ia boleh jadi akan berlaku atau sebaliknya. Islam mengambil kira perkara itu demi menjaga maslahat kedua-dua pihak khusunya perempuan. Kerana ia melibatkan maruah yang mungkin boleh didedahkan kepada orang ramai sekiranya perkahwinan tidak berlaku. Sebab itu pertunangan tidak menjadikan pasangannya halal sebagaimana halalnya sebuah perkahwinan. Kedua-dua pihak kekal sebagai ajnabi (orang luar) yang hukumnya sama seperti hukum-hakam yang umum bagi ajnabi, antaranya mesti menjaga pandangan. Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 30-31, maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang ang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.

8. Begitu juga tidak boleh menyentuh di antara satu sama lain. Bertunang tidak menjadikan harus perbuatan berpegangan tangan sesama tunang. Apatah lagi naik motor bersama berboncengan sebagaimana yang pernah kita saksikan. Rasulullah SAW memberikan amaran tentang hal ini sebagaimana dalam sebuah hadith yang bermaksud:
Menusuk jarum besi ke kepala kamu adalah lebih baik bagi kamu daripada memegang seorang perempuan yang tidak halal baginya. (Riwayat al-Baihaqi)

9. Suara bagi seorang tunang juga perlu dikawal dengan penuh berakhlak. Bukan tidak boleh bercakap langsung dengan tunangnya, tetapi tidak boleh dimanjakan sebagaimana seorang isteri kepada suaminya. Dalam perkataan lain tidak boleh mengada-ngada atau gedik. Allah SWT melarang suara wanita yang boleh menyebabkan seorang lelaki tertarik kepadanya, firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 32 bermaksud:
Maka janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik.
                    
10. Selain itu, seorang perempuan juga tidak boleh mendedahkan perhiasannya kepada tunangnya. Auratnya masih wajib ditutup kerana tunangnya masih dianggap ajnabi. Jika ingin bertemu atau berjumpa mestilah bersama dengan mahramnya. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Seorang lelaki tidak boleh bersunyian dengan seorang wanita melainkan bersama dengan mahram. (Riwayat al-Bukhari)

Hubungan dalam tempoh bertunang
11. Tempoh bertunang ada yang pendek dan ada yang panjang. Ia berbeza-beza mengikut perbezaan situasi seseorang dengan seorang yang lain. Namun yang lebih baik adalah tempoh yang singkat untuk mengelakkan maksiat dan keburukan yang timbul daripada kedua-dua pihak. Semakin panjang tempoh bertunang semakin banyak kehendak dan permintaan yang diluar kawal dan tidak patuh syari’at.

12. Tidak dinafikan tempoh pertunangan ini boleh dianggap tempoh untuk berkenalan. Tetapi ramai yang tersilap dengan menyangka bahawa ia adalah berkenal-kenalan sesama tunang, sedangkan berkenalan yang dimaksudkan adalah berkenalan dengan ahli keluarga perempuan agar menjadi lebih dekat dan diyakini oleh keluarga tunangnya. Akhirnya ia melahirkan rasa tangggungjawab yang kemudian Allah Azza wa Jalla bakal menganugerahkan kepadanya sakinah dan mawaddah apabila berkahwin kelak insyaAllah sebagaimana firmanNya dalam surah al-Rum ayat 21:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

13. Berkenalan ini yang sering disalahgunakan untuk menghalalkan perbuatan tertentu seperti keluar makan bersama, duduk berdua-duaan sama ada di alam nyata atau alam maya, study dan siapkan asignment bersama, serta bertukar-tukar gambar. Apabila ditanya mengapa lakukan semua itu? Jawabnya mudah: untuk lebih mengenalinya supaya senang bila kahwin nanti. Semua ini hanya alasan semata-mata untuk menutup kemahuan hawa nafsunya. Sedangkan untuk mengenali dan menyelidik latar belakang tunang sepatutnya dilakukan sebelum bertunang lagi iaitu ketika proses memilih dan istikharah, bukannya selepas bertunang. Kerana bertunang maknanya kita telah membuat pilihan.

14. Tempoh bertunang sepatutnya menjadi tempoh yang bersih dan suci daripada sebarang dosa, kerana kita sedang memulakan langkah untuk membina sebuah kehidupan yang punyai matlamat yang besar. Langkah-langkah permulaan ini perlu baik dan tidak sumbang. Jadikan ia kukuh dengan kekuatan taqwa dan taat. Jika tempoh ini dicemari dengan perbuatan yang bercanggah dengan syara’ dikhuatiri ia memberikan kesan yang besar kepada rumah tangga yang bakal dibina.  Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 109 bermaksud:
Maka adakah orang yang membangunkan binaannya yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan binaannya yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka?

15. Atas dasar inilah kita dapati terdapat ilmuan yang agak keras jawapannya dengan tidak membenarkan segala perhubungan dalam tempoh bertunang. Mereka menggunakan kaedah sadd al-zarai’e (menutup jalan) kerana bimbang akan mudharat yang tidak dinafikan peratus berlakunya. Lihat sahaja kes pembuangan bayi, tangkapan khalwat dan masalah sosial. Pandangan seumpama ini tidak salah kerana kaedah yang digunapakai ada asasnya.

16. Manakala pendapat yang mengatakan boleh berkenalan dalam tempoh bertunang, berhubung, berjumpa dan menjaga tunangnya, pastinya mereka tidak mengatakan secara mutlak, sebaliknya mesti mengikut syarat-syarat dan garis panduannya. Sebenarnya kedua-kedua pandangan tidak bercanggah di antara satu sama lain, matlamatnya satu hanya kaedah yang berbeza.

17. Kesimpulannya, Islam adalah cara hidup yang mengatur dan memandu manusia hatta dalam soal bertunang. Ia merupakan janji yang perlu dijaga agar mengikut panduan syara’ kerana bertunang bukannya berkahwin. 


Anhar Opir
11 Jumada al-Akhir 1433H
Sweileh, Amman

Gambar hiasan



Insankerdil : carilah redha Allah~

Friday, May 4, 2012

Hizbur Tahrir : Persoalan Yang Timbul

Dalam melihat perkembangan dan suasana politik malaysia.terlihat suatu perkara yang kadang kala memberikan saya pelbagai persoalan berkaitannya.Persoalan yang timbul bukan hanya pada dasar perjuangan mereka tapi bagaimana mereka menggunakan kaedah hukum dalam menentukan suatu perkara.Persoalan ini timbul hasil dari perkara yang mereka sendiri timbul dan saya melihat perkara ini memalui seorang sahabat yang mana beliau merupakan ahli ht di sebuah kampus di utara tanah air.Persoalan ini sudah lama menjadi persoalan antara saya dengan dia kadang kala ianya hanya menjadi persoalan semata-mata tanpa jawapan.Saya percaya kalangan mereka adalah cerdik pandai dalam pelbagai bidang, saya hanya seorang insan kerdil yang ingin mencari jawapan kerana saya sentiasa menyokong usaha-usaha yang menegakkan Islam yang adil walaupun di haluan mana mereka berada tetapi biarlah sokongan saya berdasarkan tujuan-tujuan yang tidak bercanggah dengan mana-mana hukum mahupun keadaan.Persoalan yang timbul yang sudah adalah berkaitan sebuah gerakan Islam yang dinamakan Hizbur Tahrir ataupun lebih mesra dibahasakan dengan ht

Pengenalan buat pembaca semua berkaitan hizbur tahrir (ht) yang diambil dari lidah rasmi mereka : Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yang berideologi Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir bergerak di tengah-tengah umat dan bersama-sama mereka berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya serta membimbing mereka untuk mendirikan kembali sistem kekhilafahan dan menegakkan hukum yang diturunkan Allah dalam realiti kehidupan.
Hizbut Tahrir merupakan organisasi politik, bukan organisasi kerohanian (seperti tarekat), bukan badan ilmiah (seperti lembaga agama atau badan penelitian), bukan institusi pendidikan (akademik), dan bukan pula pertubuhan sosial (yang bergerak di bidang sosial dan kemasyarakatan). Idea-idea Islam menjadi jiwa, inti dan sekaligus rahsia kewujudan kelompoknya.

Dan pemahaman mudah untuk semua secara umumnya adalah ht merupakan satu gerakan yang ingin Islam tertegak dengan sistem khilafah seperti mana sejarah Islam terdahulu.Dan menjadi persoalan saya dalam masa yang sama mereka menolak sistem demokrasi yang sedia ada dengan mengatakan sistem yang berorentasikan sistem kufar (orang kafir ).Banyak persoalan yang saya timbulkan semuanya berbalas soalan.Sekiranya berterusan begitu saya mengambil keputusan untuk mengumumkan persoalan itu kepada umum dan perbincangan berlaku di laman sosial milik saya sendiri.Selepas persoalan timbul akaun saya penuh dengan permintaan menjadi kawan (request friends) dari kalangan mereka.Maafkan saya kerana tidak menerima kalian bukan kerana sombong mahupun syok sendiri tapi saya mengkhususkan kepada kenalan saya yang dikenali sahaja.Tetapi tidak menjadi masalah untuk sesiapa memberikan komentar mahupun jawapan berkaitanya kerana persoalan itu saya setkan dengan mood 'public' agar semua boleh memberikan komentar.Dan timbul dibenak idea untuk menjadikan persoalan di warkah media agar semua boleh memberikan pendapat mereka sendiri.Dan blog menjadi pilihan saya kerana ianya mudah tanpa ada tapisan mahupun request friends.

ht sebenarnya ditubuhkan oleh seorang graduan universiti Al-Azhar  yang mana universiti yang terkenal diseluruh dunia kerana universiti tertua dunia mahupun tempat yang melahirkan ramai ulama'-ulama' terkenal dunia dan universiti ini juga digeruni oleh warga eropah kerana ilmuan-ilmuan yang di keluarkan mereka.Syekh Taqiuddin An Nabhani merupakan anak kelahiran negara Al-Quds Palestin dan dalam nama beliau telah diletakkan tempat beliau dilahirkan iaitu Nabhan utara negara Palestin.

Persoalan yang saya timbulkan bukan berkaitan beliau kerana saya tidak sempat bersama beliau.Beliau dilahirkan pada tahun 1907 dan meninggal dunia pada tahun 1977.Semoga Allah merahmati beliau~Seperti mana yang saya nyatakan diatas persoalan yang timbul adalah permasalahan masa sekarang dan persoalan ini menjadi menarik apabila penelitian saya terpaut pada cara mereka menegakkan agenda dan sistem khilafah yang diingin.

Mereka ingin menegakkan khilafah dan dalam masa yang sama mereka menolak sistem demokrasi yang digunakan dunia sekarang dengan mengatakan sisitem ini bukan asalnya dari Islam bahkan ianya dari orang kafir.ht juga dalam masa yang sama merupakan gerakan dan pasti yang rasmi gerakkanya di negara arab.Mereka inginkan kerajaan dengan cara revolusi iaitu dengan cara pengambilalihan kuasa.Kalau dilihat secara optik, mereka menolak sistem demokrasi tetapi mereka merupakan parti politik yang inginkan kekuasaan.Berlaku pencanggahan antara method mereka dengan penyebaran maklumat yang diberikan kepada kepada umum.Untuk maklumat berkaitan mereka ada di sini.Tidak ingin memanjangkan kisah dan perbincangan memadai saya merekodkan semula perbincangan untuk tatapan umum.Dan sedikit maklumat kepada umum berkaitannya.Segala komentar dan pandangan dari semua amatlah saya alukan dan berbeza pendapat bukan bermaksa bermusuh tetapi ingin mencari titik pertemuan agar perjuangan Islam itu kekal utuh dengan niat yang murni.Semoga umat Islam terus mara kehadapan mencapi kegemilangan Islam kelak dan disamping berusaha membebaskan al-quds dari rejim zionis yang zalim.^_^ salam perjungan kepada semua pembaca =)

Persoalan yang muncul berdasarkan satu gambar :-



saya :
Bagaimana dengan yang lain adakah sama hadaf dengan HT atau HT menyetujui cara mereka ataupun bagaimana?Dan ingin ana bertanya adakah HT yg enta ikuti ini sama tujuannya dengan HT di palestin dan iran ?



ahli ht


Demokrasi : Ajaran dari kuffar Barat
Khilafah : Ajaran Nabi Muhammad

Demokrasi : Kedaulatan di tangan rakyat
Khilafah : Kedaulatan di tangan syara'

Landasan Demokrasi : Sekularisme
Landasan Khilafah : Aqidah Islam

Demokrasi : Kebenaran adalah suara terbanyak
Khilafah : Kebenaran sesuai nash syara

Demokrasi : Bebas bertingkah laku
Khilafah : Hukum asal perbuatan terikat dengan hukum syara

Referens hukum/Undang Undang Demokrasi : Undang2 sekular dari akal manusia
Referens Undang Undang Khilafah : Qur’an & Sunnah

Demokrasi : Penyebar idea batil; liberalisme, pluralisme, kesetaraan gender, dll
Khilafah : Penerap hukum Islam

Demokrasi : Alat penjajahan utk melemahkan umat islam
Khilafah : Alat pembebasan (membebaskan manusia dari penghambaan sesama makhluk kpd penghambaan hanya pd Allah SWT)

Demokrasi : Tipu daya Amerika
Khilafah : Janji Allah

Demokrasi : Sampah Peradaban
Khilafah : Mercu Peradaban

Bismillah...
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. al-baqarah:120) 

Isu disini adalah isu "sistem" yg dah menipu kita lebih 80 tahun. Bukan di M'sia sje, malahan di negara2 lain. Kita ditipu hidup2 dgn sistem ini. Kita diadu dombakan oleh sistem ini. InsyaAllah kebenaran pasti akan berlaku. Khilafah akan tertegak dgn tariqah kenabian. Bkn dgn tariqah demokrasi yg dilaung-laungkan. Kepada Allah kita berserah dan kpd Allah kita minx prtolongan. Mga Allah tunjukkan jln utk kita...

video ni menceritakan kesengsaraan umat islam akibat "sistem" yg digunakan...dan apa solusinya
http://www.youtube.com/watch?v=wYVc4s4MDtI

Sumber : http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.mykhilafah.com%2F&h=mAQFRy8o8AQEovHiM-XNGNiDKM8f2Wn3Kq0cSF9A2Vo96LA



saya :


alangkah indahnya begitu.Tapi secara amnya enta banyak sudah melontarkan pendapat dan pandangan berkaitan soalan-soalan yang dilontarkan.Selalunya sokongan kepada suatu perkara mestilah berdasarkan suatu perkara yang sudah tepat sumbernya mahukan tiada jawpaan pada soalan2nya ataupun sekadar meriwatkan atau menyebarkan pandangan pihak-pihak atasan?Tapi kalu menyebarkan suatu perkara tanpa ada bukti mahupun pendapat berkaitannya adalah fitnah.Enta seringkali m'fwd'kan laman ht tapi laman ht merupakan lafaz umum dan alangkah baiknya kalau enta memberikan terus lafaz khususnya agar tidak berlaku salah fakta diantara ana dan enta kerana enta yg lebih memahami dan arif tentangnya.Dan enta mampu memberikan pencerahan berkaitannya disamping ana cuba mencari sinar cahayanya =) 

Tiada masalah siapa pon yg menjawab soalan kerana ini bukan pertandingan mahupun perlwanan tapi bertukar pandangan.Insyaallah ana sedang mempelajari dan mengenali 'azharian taqiyuddin' secara khusus melingkupi latar belakangnya,akidahnya dan penerokaannya dalam medan Islam.Bukan ingin mempersoalkan siapakah ht sekrang tetapi ana lebih tenang dan gembira jika mengetahui gurunya bagaimana kerana disitulah sumber ilmu dan dari situlah segalanya berpunca dan boleh dikonklusikan bagaimana perjalanan ilmunya selepas itu.Begitu juga dalam ilmu fiqh, mengetahui pada mazhabnya shaja tanpa mengetahui keadaan mazhab itu memang tidak adil untuk mengatakan mazhab ini tidak layak diamalkan.'Ilmu itu lebih bermanfaat jika berada pada sumbernya'

Insyaallah ana berusaha kearah.Kalu enta kata xelok sembang di alam maya,ana hanya mempersoalkan yang mana yang hak dan bukan menegakkan yang batil. Dan soalan2 ana hanya berdasarkan penyebaran yang enta postkan mahupun yg enta 'tag' kan pada ana.=) tiada niat nak berbanggga mahupun mencuba ilmu yg masih sikit ini jika nak dibandingkan enta mahupun sahabat-sahabat ht enta.Hanya insankerdil yang mencari redhaNya dalam mentaatiNya

Insyaallah hanya soalan lama ana kembali segarkannya agar tidak hanya pada soalan dan penulisan yang beku tanpa ada usaha untuk mencair dan menjernihkannya (alang-alang sudah ada yg enta tag syabab ht mudah-mudahan ada jawpannya =) Insyaallah~smg Allah memberkati kalian~Maaf dipohon andai mengguris jiwa enta melainkan niat ingin mengetahui dan bertanyakan yang hak sahaja ^__&alangkah indahnya begitu.Tapi secara amnya enta banyak sudah melontarkan pendapat dan pandangan berkaitan soalan-soalan yang dilontarkan.Selalunya sokongan kepada suatu perkara mestilah berdasarkan suatu perkara yang sudah tepat sumbernya mahukan tiada jawpaan pada soalan2nya ataupun sekadar meriwatkan atau menyebarkan pandangan pihak-pihak atasan?Tapi kalu menyebarkan suatu perkara tanpa ada bukti mahupun pendapat berkaitannya adalah fitnah.Enta seringkali m'fwd'kan laman ht tapi laman ht merupakan lafaz umum dan alangkah baiknya kalau enta memberikan terus lafaz khususnya agar tidak berlaku salah fakta diantara ana dan enta kerana enta yg lebih memahami dan arif tentangnya.Dan enta mampu memberikan pencerahan berkaitannya disamping ana cuba mencari sinar cahayanya =) 

Tiada masalah siapa pon yg menjawab soalan kerana ini bukan pertandingan mahupun perlwanan tapi bertukar pandangan.Insyaallah ana sedang mempelajari dan mengenali 'azharian taqiyuddin' secara khusus melingkupi latar belakangnya,akidahnya dan penerokaannya dalam medan Islam.Bukan ingin mempersoalkan siapakah ht sekrang tetapi ana lebih tenang dan gembira jika mengetahui gurunya bagaimana kerana disitulah sumber ilmu dan dari situlah segalanya berpunca dan boleh dikonklusikan bagaimana perjalanan ilmunya selepas itu.Begitu juga dalam ilmu fiqh, mengetahui pada mazhabnya shaja tanpa mengetahui keadaan mazhab itu memang tidak adil untuk mengatakan mazhab ini tidak layak diamalkan.'Ilmu itu lebih bermanfaat jika berada pada sumbernya'

Insyaallah hanya soalan lama ana kembali segarkannya agar tidak hanya pada soalan dan penulisan yang beku tanpa ada usaha untuk mencair dan menjernihkannya (alang-alang sudah ada yg enta tag syabab ht mudah-mudahan ada jawpannya =) Insyaallah~smg Allah memberkati kalian~

Apakah salah untuk menegakkan yang hak dan yang inginkan keadilan dengan cara mengumumkan pada umum.Mengatakan kebenaran pda semua adalah salah?Dan memberitahu kezaliman pada semua adakah salah?[berkaitan 2 gambar antara ht dan xsilap perhimpunan bersih memegang bendera pas yang dibandingkan dan dikatakan pergeseran lai pompuan yg dibanggakan [ bukan mahram dan juga yg non-muslim berpakaian x senonoh! bercampur laki prmpuan! itu yg mereka banggakan! masyaAllah.] (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=266505620112902&set=a.266505476779583.57633.100002603978979&type=1 )

dan soalan di video syekh tamimi yg enta postkan yang mengatakan beliau menyokong kahlifah beradarkan ucapannya di (http://www.youtube.com/watch?v=fW2GTzSV_mk&feature=share ) :-

Menjadi persoalan tentang perjuangan ht apabila video 'ila mata' dipelopori di iran,pakistan, iraq, dan kebanyakan perkembangan berasal dari tanah timur liga arab.Terima kasih keran tag ana dalam video syekh tamimi.maafkan ana kalu ana tersalah tafsir yg di ucapkan tapi lafaz yg diungkapkan bukanlah lafaz khusus tetapi lafaz am ya syabab ht =) mudahlah umat terus ditipu pada translate sahaja tanpa berpandukan teks asal :) Dan kenapa beliau menyebut terbinanya daripada iran sehingga iraq[minit ke 0.18] ...(جعل من الإيران) Adakah khalifah bermula dari sana? Adakah anda mengenal siapakah syekh ini =) subhanallah.Allah Maha Kaya~Alhamdulillah Allah memberikan suatu petunjuk agar ana mendalami lebih dalam tentang akidah ht yg enta ikuti ini.Smg masih mengikut manhaj ASWJ dan hukum syare'.Bukan lagi jawapan bg soalan yg ana kemukan yang ana nantikan kini kerana memang tiada jawapan yg betull berkaitannya dan hanya propaganda yg enta mahukan =) terima kasih sahabat.~Bersama tahrirkan diri dari ghuluw~

Apakah salah untuk menegakkan yang hak dan yang inginkan keadilan dengan cara mengumumkan pada umum.Mengatakan kebenaran pda semua adalah salah?Dan memberitahu kezaliman pada semua adakah salah?[berkaitan 2 gambar antara ht dan xsilap perhimpunan bersih memegang bendera pas yang dibandingkan dan dikatakan pergeseran lai pompuan yg dibanggakan [ bukan mahram dan juga yg non-muslim berpakaian x senonoh! bercampur laki prmpuan! itu yg mereka banggakan! masyaAllah.]

dan soalan di video syekh tamimi yg enta postkan yang mengatakan beliau menyokong kahlifah beradarkan ucapannya di (http://www.youtube.com/watch?v=fW2GTzSV_mk&feature=share ) :-

Menjadi persoalan tentang perjuangan ht apabila video 'ila mata' dipelopori di iran,pakistan, iraq, dan kebanyakan perkembangan berasal dari tanah timur liga arab.Terima kasih keran tag ana dalam video syekh tamimi.maafkan ana kalu ana tersalah tafsir yg di ucapkan tapi lafaz yg diungkapkan bukanlah lafaz khusus tetapi lafaz am ya syabab ht =) mudahlah umat terus ditipu pada translate sahaja tanpa berpandukan teks asal :) Dan kenapa beliau menyebut terbinanya daripada iran sehingga iraq[minit ke 0.18] ...(جعل من الإيران) Adakah khalifah bermula dari sana? Adakah anda mengenal siapakah syekh ini =) subhanallah.Allah Maha Kaya~Alhamdulillah Allah memberikan suatu petunjuk agar ana mendalami lebih dalam tentang akidah ht yg enta ikuti ini.Smg masih mengikut manhaj ASWJ dan hukum syare'.Bukan lagi jawapan bg soalan yg ana kemukan yang ana nantikan kini kerana memang tiada jawapan yg betull berkaitannya dan hanya propaganda yg enta mahukan =) terima kasih sahabat.~Bersama tahrirkan diri dari ghuluw~

untuk memudahkan semua boleh rujuk di sini dan perbincangan yang panjang berkaitan ht antara ilmuan negara arab di sini

Sunday, April 29, 2012

Bebaskan Minda Anda

Alhamdulillah Engkau sebaik-baik perancang dan lafaz ini terungkap apabila ujianMu yang kecil ini menghinggap pada diri yang kerdil lagi hina jika dibandingkan dengan ujian para sahabat-RA.Takkala membaca perkhabaran berkaitan  BERS✔H 3.0 di kampung halaman, saya yang mengikuti perkembangan dari mula hingga berakhirnya program, merasakan satu perubahan yang perlu dilakukan oleh semua pihak.Apa yang kita mahukan adalah keadilan dan keamanan berteraskan undang-undang negara tercinta Malaysia.Alangkah dungkunya mereka yang mengatakan mereka yang menghadiri mahupun menyokong adalah golongan yang berada pada paras kurang sedar mahupun berfikiran kurang matang.


Apakah yang anda lakukan untuk menghadapi kemungkaran.Memadai hanya mengharapkan perubahan pada struktur pentadbiran ataupun merubah mengikut kemampuan sendiri.Tidak kurang juga mereka yang mengatakan haram bagi mereka menyertainya.Apakah anda juga berkata haram juga pada program-program maksiat yang dianjurkan secara terbuka dan ianya di halalkan oleh orang Islam sendiri? Ataupun kerana berlainan agenda mahupun fikrah anda menolak hak umum untu keadilan.Tegakkanlah khilaf yang ada pada diri  agar ianya tidak membawa kepada kehancuran dek kerana hanya mahukan Khilafah yang kurang difahami konsep dan aplikasi masa kini. Jom ummah bukalah minda, fikirlah untuk Islam agar negara yang dicintai bebas dari anasir korupsi, dan rasuah!Lihatlah dari kacamata yang tidak terikat dengan mana-mana pihak melainkan mahukan keadilan dan anda berada di jalan yang benar jika itu yang anda lakukan!Usah lupa anda punyai senjata kebanyakan mereka punyai iaitu 'DOA'. Teruskan berdoa dan Allah Maha menerima doa dan taubat hamba-hambaNya


Santapan kekuatan perjuangan :-




La ilaha illallah
Muhammadur RasulullahHidup mati kerana AllahBerjuang fi sabilillah
Wahai para pejuang maralah ke hadapanKerahkanlah tenagamu dan juga fikiranKorbankanlah hartamu sekalipun jiwa ragaBerjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Wahai para pejuang maralah ke hadapanKerahkanlah tenagamu dan juga fikiranKorbankanlah hartamu sekalipun jiwa ragaBerjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Wahai para pencinta keadilanJangan gentar berjuang bersamaKezaliman yang bermaharajalelaKita gempur hingga ke hujungnya
Ayuh bersatu demi PalestinBersama kita berjuang untuk PalestinTak kira walau diancam senjataKerana Allah kita mara
Wahai para pejuang maralah ke hadapanKerahkanlah tenagamu dan juga fikiranKorbankanlah hartamu sekalipun jiwa ragaBerjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Wahai para pencinta keadilanJangan gentar berjuang bersamaKezaliman yang bermaharajalelaKita gempur hingga ke hujungnya
Hentikanlah penderitaan dan juga kezalimanKembalikanlah keamanan di bumi anbiya'Berdoa kepada IlahiAgar Palestin akan merdekaKekal sentosa selamanya
Wahai para pejuang maralah ke hadapanKerahkanlah tenagamu dan juga fikiranKorbankanlah hartamu sekalipun jiwa ragaBerjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Ayuh bersatu demi PalestinBersama kita berjuang untuk PalestinTak kira walau diancam senjataKerana Allah kita maraKerana Allah kita maraKerana Allah kita mara



Jangan Lupa Palestin Mengharapkan Perubahan Anda!!
-Tiada yang di inginkan melainkan keadilan dan ketelusan
-Perjuangan tidak akan terhenti sehingga kemungkaran itu di adili

-Doalah sebaik-baik senjata dunia dan akhirat dan Allah itu maha adil

Monday, April 2, 2012

Buatmu Bergelar Wanita


Buat sahabat-sahabat muslimah yang dikasihi, sesungguhnya kalian memiliki kecantikan tersendiri.Justeru itu, tahanlah diri anda daripada meletak terlalu banyak gambar lebih-lebih lagi jika gambar itu dalam pose berisi jelingan manja atau senyuman TERLEBIH GULA yang mampu meluruhkan sukma jejaka. Kasihanilah kaum adam yang ingin menjaga imannya dan kasihanilah juga diri anda yang mengharapkan kebaikan dan 'solehah' diri untuk mendiami syurga firdausi.

PRIVASIKAN IA ATAU LANGKAH LEBIH BAIK SIMPAN SAHAJA UNTUK TATAPAN PERIBADI DAN KELUARGA.PRIVASI YANG MEMBAWA KE SYURGA






SABDA RASULULLAH S.A.W : PERBANDINGAN DUNIA DAN AKHIRAT ITU SEPERTI SALAH SEORANG DARIPADA KALIAN MEMASUKKAN JARINYA DILAUT, KEMUDIAN PERHATIKAN APA YANG TERSISA DI JARINYA KETIKA IA DI ANGKAT..Riwayat muslim dan AL- Tarmizi.






Teruskan memberi sokongan kepada palestin !!!

Friday, March 16, 2012

Hari Ini Di Manakah Kita

Hari demi hari umur kita semua kian meningkat dari kanak-kanak ke dewasa dan begitu juga dari remaja ke dewasa sebagainya tapi bagaimana dengan diri kita.Adakah kita semua merasai peningkatan umur kian hari? Ataupun kita masih berasa kita berada di tahap yang sama tika masa dulu kita berada? Kian hari pelbagai benda berlaku dalam diri kita. Agak rugilah bagi mereka yang hanya terus ke hadapan tanpa melihat di sekeliling kehidupannya.


Dalam Al-Quran Allah berfirma dalam surah Al-Asr 2-3:-
Firman Allah SWT  :


"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"

KEZALIMAN


Kini kita sudah masuk di pertengahan bulan mac iaitu bersamaan bulan robiul awal 1433 hijriah.Bagaimana keadaan saudara-saudara yang dekat dengan kita di seluruh pelusuk dengan kita? Adakah mereka seperti keadaan kita sekarang? Saudara kita di Mesir, Lubnan, Yamen, Tunisia, Libya, Afrika, dan khususnya sekarang buat saudara kita di Syria dan Palestin tidak seperti keadaan kita sekarang yang penuh dengan kenikmatan. Mungkin kita kurang sedar tentang keadaan mereka dan bagaimana keadaan mereka sebenar walaupun mereka berada dalam negara sendiri. Contoh pergelutan di antara zionis dan rakyat Palestin yang sudah makan masa puluh tahun diantara mereka. Tapi bagaimana caranya kita mahu menyumbang kekuatan kepada mereka? Adakah dengan menyertai mereka dengan menganggat senjata mahupun dengan hanya kata-kata?


Semua itu atas kemampuan kita hari ini. Dulu kita hanya saksikan dengan perasaan pilu tapi hari ini banyak cara kita dapat sumbangkan untuk mereka. Antara jalan yang mudah kita usahakan :-

  1. Memberikan Sokongan
Walaupun hanya dengan membuat status di fb, upload gambar di blog, atau menyertai kempen anti keganasan anjuran NGO-NGO itu sudah memadai untuk kita yang inginkan kedamaian untuk semua.

     2. Memboikot

Dalam isu meboikot ini ramai yang mengatakan ianya hanya benda yang sia-sia dan tiada hujung pangkalnya. Tapi apa penting jika kita merasai produk tersebut boleh menyumbangkan sesuatu kepada pihak musuh, lebih baik kita melumpuhkan.Sebagai contoh hari ini jika di sebuah kampung itu merupakan pengeluar utama pisang bagi sebuah bandar yang memerlukan pisang bertandan-tandan dalam sehari, apakah akan berlaku jika orang di bandar berkenaan menukarkan permintaan pisang kepada nanas dari kampung yang lain? Adakah pengeluar pisang itu akan untung atau sebaliknya. Jawapan yang mudah kampung berkenaan akan menukarkan stategi perniagaan demi menjaga perniagaan mereka. Adakah BOIKOT ini memberi kesan. Walaupun kita hanya 1sen ia boleh membawa kepada rugi mahupun untung.

Begitu juga dengan kita hari ini yang penuh dengan pelbagai produk-produk yang asalnya merupakan produk musuh-musuh Islam.Kenapa kita tidak mengambil langkah untuk memboikot mereka. Anda Mampu Merubahnya

Dan banyak lagi perkara yang boleh kita sumbangkang walaupun jarak kita dengan mereka beribu-ribu batu .Hanya sekadar usaha kita yang ringan itulah memberikan kedamaian kepada mereka di sana

~Kami Bersama Kalian Palestin & Syria~


AKHLAK

Dunia yang tiada batasan ini banyak memberikan perubahan kepada perubahan masa kini. Alhamdulillah ramai diantara kita sudah melakukan penghijrahan yang terbaik. Dari dulu tidak bertudung kepada bertudung, dari ber'couple' kepada perkahwinan dan sebagainya. Tapi ianya hanya sekelompok sahaja. Masalah moral, penzinaan, anak luar nikah, pembunuhan, ragut, dan banyak lagi yang tak seronok nak di sebutkan banyak berlaku daripada perubahan yang dinyatakan. Anak-anak yang bertudung kini banyaknya hanay bertudung di kepala tapi tidak di lapik dengan keimanan. Diri bertudung, ber t-shirt lengan pendek, berseluar ketat, dan agak terkejut juga apabila tudung hanya di jadikan sebagai fesyen bukan tanda taat kepada Allah. Apabila ianya hanya sekadar fesyen pelbagai benda-benda yang pelik berlaku biar pun mereka bertudung.

Firman Allah :
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (al-A’raf: 26)

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka …” (an-Nur: 31) 


Semoga kita diantara yang sentiasa menjaga syariat Allah dan meneruskan ciri-ciri Islamic dalam meneruskan kehidupan.Hari ini semua perkara ini menjadi suatu perkara biasa tidak mustahil satu hari ia hanya tinggal sejarah buat kita sama ada ianya pahit mahupun manis. Sekurangnya kita punyai usaha tersendiri untuk melihat 'mungkar' atau kebatilan itu hapus diubah zaman.

Semoga kehidupan kita hari ini menjadi saham kita di kemudian hari~Insyaallah~

*perkongsian bersama
Remaja moroco yang menangis mengenangkan nasib masyarakatnya.Sungguh air matamu itulah menjadi bukti kebenaran dan kesedaran buat kami



~Genap dua bulan pemergianmu~Semoga bahgia disana duhai ayahanda tercinta ~_~

Kongsikan Bersama